Saturday, March 6, 2010

Tak dapat tidoo la....

Agaknya dah tido siang tadi terlebih la nie....
Masa aku buat Umrah...sempat juga aku pergi melawat tempat yang dinamakan Al-Ula...ada la bermalam kat sana, tempat nie sejuk sikit ..mcm cameron highland la...walau kat madinah atau mekah mencecah suhu 50 darjah tapi kat Al-Ula nie tetap sejuk....Istimewanya kat Al-Ula nie adalah kerana terdapat lagi perkampungan yang cukup lama...3 abad sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah...wowwww that mean 300 tahun sebelum tahun Hijrah.....lama tue...just bayangkan macam mana kehidupan depa masa tu....rumah-rumah tu masih sempurna lagi...cuma sebahagiannya musnah akibat kebakaran...tapi 60%nya masih sempurna...bijaknya org masa tu mengenai seni pembinaan, just gunakan pokok kurma dan tanah serta batu-batu untuk buat kediaman, ada koridor2 dan bilik2 yang agak sempurna...time aku pi tu agak tengahari tapi bila aku lalu di koridor2 rumah2 tu aku rasa sejuk dan selesa didalam rumah tu...nampaknya sistem pengudaraan dibuat dengan sempurna....bijak kan org dulu2..tak payah sekolah jauh2....
Lepas tu aku berkesempatan melawat kawasan dinamakan Salleh Madain...sebenarnya mengambil nama sempena Nabi Salleh...sebelum tu kawasan yang sama diduduki oleh Nabi Hut...kaum nabi Hut nie dinamakan Kaum Han....dimusnahkan oleh Allah Taala kerana Ingkar dengan suruhan bertaqwa kepada Allah Taala...dimusnahkan dengan panahan petir dan angin ribut yang amat kuat, selepas tu baru Nabi Salleh diturunkan untuk memimpin kaumnya yang dinamakan Kaum Thamut...kaum ini amat pandai dalam seni pembinaan...masih banyak seni2 pembinaan yang cukup hebat...just imagine bukit2 diukir menjadi kediaman mereka,didalamnya terdapat bilik2 yang cantik, terdapat juga dewan tempat majlis syura yang ditebok dari bukit2 disitu...cukup hebat dan aku amat kagum masa tu bila tahu sejak dahulu lagi manusia amat bijak dalam seni pembinaan.....jadi kita nie kalau takat buat projek pembinaan bangunan 25 tingkat takyah rasa hebat la...org dulu2 dah buat dah pun...hehehehe
Next nanti aku cerita sikit pasal Taif..tempat RasulAllah menyeru org kafir masuk Islam....cabaran....

No comments:

Post a Comment