Tuesday, May 11, 2010



KALAU BOLEHH

Kalau boleh la...aku lebih suka anak-anakku ini berumur antara 3 hingga 5 tahun ja..tak dewasa pun tak apa...sebab waktu umur macam tu lah amat menghiburkan, waktu umur mcm tu lah kejujuran, manja,nakal, dan segala yang lucu ada pada mereka...
Sebab tu kalau boleh Asna biarlah terus comel kecil macam tu ja sampai bila-bila...agar aku boleh melayani kerenah dia...anak-anak bila dah mencapai umur 7 tahun keatas maka pergaulan dah kurang mesranya, dah tak suka dicium,tak mau merengek,suka bergaduh,bersikap individu, pandai berbohong dan suka menyimpan rahsia...masa umur 3 hingga 5 tahun mana ada semua sikap tue...yang ada hanya kejujuran sahaja, pada mereka siapa yang pandai jaga mereka maka orang itulah yang mereka ingat dan sayang....
Namun apakan daya...kita manusia akan semakin hari semakin dewasa, sekarang asna sudah 3..tahun depan 4 dan seterusnya...begitu juga dengan aku...semakin tua...lagi 2 tahun dah mencapai umur 40...phuhhh dah tua rupanya aku nie....
Cuma yang aku risaukan adalah masa depan anak2 aku...harap-harap usaha aku dahulu siang malam mengumpul duit untuk mereka meneruskan pengajian masih dalam bentuk amanah yang tersimpan, jika amanah itu berkubur maka ntah la mcm mana aku nak kumpul semula simpanan sebanyak itu...walau apapun aku akan buat apa terdaya untuk kelangsungan pelajaran anak2 aku..
Aina aku rasa tak ada masalah dalam pelajaran, aku yakin dengan usaha berlipat ganda dia...dan aku tak terkilan untuk melabur seberapa banyak duit pun untuk kajayaan dia nanti, Alia..emmp ntah la..aku rasa dia nie tak ada matlamat kehidupan, tiada rasa insaf diri serta tiada semangat untuk majukan diri sendiri, aku pun pening nak halakan dia kemana nanti...Amila aku rasa ok la..cuma aku rasa amila sekarang nie suka menipu la...suka menunjuk-nunjuk dan belum ada matlamat yang jelasa tentang pelajaran, aku harap nanti bila dia di darjah 6 maka dia akan mula fokus pada pelajaran, Asna masih kecil dan aku teringin sangat nak jaga dan didik dia...kalau lah aku dibenarkan jaga dia kan ka bagus...really miss u asna...

Sunday, May 2, 2010

Salam

Phuhh lama gak tak menaip nie..bak kata amani..blog bersawang..ntah mana Dr Amanina nie belajar pun tak tau la..
Memandangkan Birthday puteriku Asna jatuh pada hari aku kerja maka aku beranggapan ibu depa akan menyambut dgn anak2 aku...sekurang2nya ada la kek ..bukan mahalpun..tak sampai RM30 pun...tapi besar maknanya pada anak-anak nie...jadi aku cuma beli hadiah ja la....terkejut beruk aku bila tau yang Asna tak dapat apa-apa, walaupun sepotong kek...phuhhh sedih dan sedih ...
OK..aku ambil keputusan buat jugak sambutan Birthday kat Asna kat Rumah aku...cuma kami anak beranak ja la...senyum tak abis dia malam tue bila tiup lilin kat kek tue...aku tak akan pernah lupa hari jadi anak2 aku ... paling kurang pasti ada hadiah...sebab aku tahu anak2 aku pasti tertunggu-tunggu hadiah hari jadi depa...emmppp dan aku pulak setiap awal tahun dah mula plan apa hadiah harijadi utk anak2 aku tahun nie...bulan 10 nie bulan harijadi yg double..hehehehe...tapi rasanya aku tak penah pulak jatuh miskin walaupun keluarkan belanja tiap tahun bagi hadiah pada anak-anak...itulah dikatakan rezeki anak-anak kan...
Rasanya Dr Amani dgn Amila nanti pun aku akan buat kat rumah aku nie...atau kat Kampung mak aku...rasanya lebih bermakna...