Monday, February 8, 2010

Hari nie 9.2.2010..

Pagi2 lagi dah dapat surat dari HQ that my request nak pergi umrah lusa ditolak, alasan lambat hantar permohonan, tak faham la...sebelum i hantar permohonan i dah call HQ maklum pasal kenapa i lambat, sebab mmg last minit comfirm pasal flight tiket tu...tapi depa kata ok..Puan Raine CC tu kata tak apa sebab kalau pasal nak pi Umrah KPKT tak kacau sangat...just submit ja....at last permohonan i kena tolak...lantak la...duit dah bayar mana boleh tarik balik dah...kalau jawapan dalam seminggu lepas hantar permohonan tak apa la jugak..ini lusa nak pergi baru hari ni dapat jawapan.....kalau dikenakan tindakan tatatertib pun nak buat macam mana...
Pelik jugak arahan tue....permohonan kena hantar 6 minggu sebelum tarikh bertolak...permohonan kena dikemukakan bersama dokumen lengkap, tiket dan sebagainya, kalau dah beli tiket maknanya kena pergi la....mcm mana pulak kalau permohonan kena tolak...tiket burn la jawabnya...betul ka arahan mcm nie...kalau beli tiket Air asia mana boleh pulangkan tiket atau hold tiket...ntah apa-apa punya arahan la...
Hari nie last day i kerja...phuhhh macam-macam nak disiapkan....banyak lak orang nak jumpa...alamatnya tak keluar makan tengahari la hari nie....nasib baik bini bekalkan nasi goreng jadi kenyang la jugak.....barang-barang nak berangkat esok tak pack pun lagi.....bawa 2 pasang baju dengan kain pelikat 1 dah la...lain-lain tu beli ja kat sana lagi baik.....duit dah tukar semalam...RM 1000 dapat duit Saudi SD 1063.... duit kita mahal sikit la dari saudi...boleh la...
Esok pagi nak ke JPA dulu nak tengok permohonan isteri i...harap-harap dapat tukar kesini secepatnya...dah jemu duduk sorang2 nie...nak masak pun dah malas sekarang nie...nak makan meggie pun lagi jemu....harap-harap dapat la..
Ok that all for today...nak siapkan senarai tugas menaggung kerja KB 44...malas nak buat tapi kena gak buat...bye

Sunday, February 7, 2010


Mulanya disini...
Sebenarnya dah lama gak ingat nak tulis-tulis nie tapi malas agaknya... emmp tapi sekarang agak free sikit dgn aktiviti dah berkurangan maka boleh la menulis nie...pencetus idea menulis sebenarnya dari ilham budak gambar disebah la nie....sebab saya mmg suka baca blog dia....agaknya sampai mati la jadi peminat setia blog budak nie, thanks my sweetyb and i think u more advance than me right now,,, what ever im really proud of your achievements, maybe perubahan masa dan keadaan maka perkara-perkara yang dulunya kita tak pernah terfikir berlaku pada masa dan bukan zaman kita. Dengan sisa-sisa kehidupan yang ada ni kalau boleh aku nak penuhi dengan perkara-perkara baik disamping orang-orang yang aku sayang, tapi mungkin tuhan ingin menguji diriku ini maka tetap kedengaran suara-suara yang sakit telinga mendengarnya, agaknya lupa kot yang umur dah senja menanti gelap. Perempuan sememangnya akan meraih simpati dengan kelembutan suara dan air mata, tapi lelaki jarang akan menceritakan apa yang dialami, sakit ,perit dan kepayahan lebih baik disimpan didalam hati, itulah perbezaannya antara lelaki dan wanita....sebab tu didalam paper dicelah-celah kehidupan 99% yang menceritakan kisahnya adalah wanita cuma 1% sahaja lelaki kenapa agaknya....sebab perempuan suka menceritakan kisah sedih rumahtangganya kepada orang lain tapi lelaki cuma mengambil pendekatan lebih baik berdiam diri....dan amat jarang orang menceritakan kebaikan seorang lelaki dalam rumahtangga....aku terlalu bersyukur kerana masih mempunyai anak-anak yang menyanyangi diriku sehingga hari ini.....anak-anak tetap milik aku sampai bila-bila.....tiada yang boleh mengubah kenyataan itu.... wahai anak-anakku sayang abah tak pernah berkurang malah bertambah setiap hari.....love u forever