Tuesday, May 11, 2010



KALAU BOLEHH

Kalau boleh la...aku lebih suka anak-anakku ini berumur antara 3 hingga 5 tahun ja..tak dewasa pun tak apa...sebab waktu umur macam tu lah amat menghiburkan, waktu umur mcm tu lah kejujuran, manja,nakal, dan segala yang lucu ada pada mereka...
Sebab tu kalau boleh Asna biarlah terus comel kecil macam tu ja sampai bila-bila...agar aku boleh melayani kerenah dia...anak-anak bila dah mencapai umur 7 tahun keatas maka pergaulan dah kurang mesranya, dah tak suka dicium,tak mau merengek,suka bergaduh,bersikap individu, pandai berbohong dan suka menyimpan rahsia...masa umur 3 hingga 5 tahun mana ada semua sikap tue...yang ada hanya kejujuran sahaja, pada mereka siapa yang pandai jaga mereka maka orang itulah yang mereka ingat dan sayang....
Namun apakan daya...kita manusia akan semakin hari semakin dewasa, sekarang asna sudah 3..tahun depan 4 dan seterusnya...begitu juga dengan aku...semakin tua...lagi 2 tahun dah mencapai umur 40...phuhhh dah tua rupanya aku nie....
Cuma yang aku risaukan adalah masa depan anak2 aku...harap-harap usaha aku dahulu siang malam mengumpul duit untuk mereka meneruskan pengajian masih dalam bentuk amanah yang tersimpan, jika amanah itu berkubur maka ntah la mcm mana aku nak kumpul semula simpanan sebanyak itu...walau apapun aku akan buat apa terdaya untuk kelangsungan pelajaran anak2 aku..
Aina aku rasa tak ada masalah dalam pelajaran, aku yakin dengan usaha berlipat ganda dia...dan aku tak terkilan untuk melabur seberapa banyak duit pun untuk kajayaan dia nanti, Alia..emmp ntah la..aku rasa dia nie tak ada matlamat kehidupan, tiada rasa insaf diri serta tiada semangat untuk majukan diri sendiri, aku pun pening nak halakan dia kemana nanti...Amila aku rasa ok la..cuma aku rasa amila sekarang nie suka menipu la...suka menunjuk-nunjuk dan belum ada matlamat yang jelasa tentang pelajaran, aku harap nanti bila dia di darjah 6 maka dia akan mula fokus pada pelajaran, Asna masih kecil dan aku teringin sangat nak jaga dan didik dia...kalau lah aku dibenarkan jaga dia kan ka bagus...really miss u asna...

No comments:

Post a Comment