Thursday, March 11, 2010

12/03/2010

Selamat bercuti kepada anak-anak abah tersayang, cuti kali nie nampaknya masing-masing sibuk dgn aktiviti di Sekolah, ntah la aku pun tak tahu mcm mana nak plan cuti dgn anak2 aku ... tak apa la, kalau tak dapat bercuti pun janji dapat keluar dgn depa pun jadi lah, hari rabu nie akak pemeriksaan gigi, kalau ibu dia tak dapat hantar maka aku akan ambil cuti la ... yang penting pemeriksaan tu harus dibuat jugak..kali nie gigi calour apa lak akak??
Aku tengah cari time semua org free untuk plan ke Cameron masa cuti nie..sekarang nie aku tak tahu bila tarikh sebaiknya aku patut apply cuti...buntuuuu, apa pun kalau pergi masa bukan hari sabtu dan ahad org tak la ramai sangat...lagipun cuti seminggu ja ..singkat sangat nak pergi jauh2 pun..
Mungkin ada yang pernah terjumpa perkataan ini, seorang isteri kalau tidak pada Allah disembah maka suaminyalah orang yang patut dia sembah,sehingga pada Zaman Rasul Allah dulu ada sepasang suami isteri tinggal dengan keluarga sebelah perampuan ditingkat atas sebuah rumah manakala ibu bapanya pula duduk di tingkat bawah, suatu ketika suaminya keluar berniaga keluar kawasan, suaminya menyediakan segala kelengkapan dan makanan buat isterinya ditingkat atas, suaminya berpesan jangan kemana-mana sepanjang saya tiada dirumah, maka keluarlah suami tersebut berniaga, setelah seketika bapa isterinya ditingkat bawah jatuh sakit, isteri tersebut hendak melihat bapanya tetapi teringat pesan suaminya agar tidak kemana-mana, semakin hari semakin berat sakit bapanya, mengingatkan pesan suaminya maka perempuan itu hanya dapat melihat dari atas sahaja orang datang melawat bapanya, sehinggalah suatu hari bapanya amat tenat dan meninggal dunia, maka dikhabarkan kepada Rasul Allah akan berita itu, maka isteri tersebut meminta seseorang bertanyakan Rasul Allah berkaitan bolehkah dia melanggar arahan suaminya untuk melihat jenazah ayahnya buat kali terakhir...maka Rasul Allah berkata "ikutlah arahan suamimu"....pasti Rasul Allah lebih mengatahui akan kata-katanya, maka bapa wanita tersebut pun dikebumikan, bapa wanita tersebut ditempatkan di dalam Syurga.....tahu tak kenapa??? dia ditempat di dalam Syurga Allah kerana anak perempuannya taat kepada suaminya, kerana berkat didikan agar taat kepada suamilah maka bapa wanita tersebut mendapat ganjaran Syurga...
Jika direnungkan masih adakah wanita zaman sekarang yang taat kepada suami sehingga ketahap tersebut....ntah la...mungkin ada...mungkin tiada...tapi rasanya para suami zaman sekarang pun tak meminta supaya taat sehingga ketahap seperti itu, cukuplah jika sekadar menghormati cakap suami, ini tidak..,,bukan nak dengar cakap suami tetapi boleh lagi berjual-beli dengan permintaan suami... kalau balik rumah suami 1 malam maka dirumah mak dia pun kena balik 1 malam...wajarkah seorang isteri meletakkan syarat seperti itu kepada suaminya...pernahkah suami meletakkan syarat setiap kali memberikan makanan,pakaian,tempat berlindung,belanja dan segalanya...suami tidak meletakkan semua syarat tersebut kerana ianya adalah tanggungjawab seorang suami ...manakala seorang isteri pula wajar mematuhi apa yang diminta oleh seorang suami kerana itulah perintah Allah dan Rasul agar mamatuhi arahan suaminya, muungkin wanita zaman sekarang bekerja maka ia menuntut hak saksama dalam segala hal kehidupan????
Jika alasan sama-sama bekerja membuatkan seorang isteri dibolehkan menjual-beli permintaan seorang suami maka aku lebih rela isteriku tak bekerja dan tidak berjual beli denganku...

No comments:

Post a Comment