Wednesday, March 31, 2010


1/4/2010


Hakikat kehidupan


Dalam kehidupan ku ini .... aku rasa aku dah berada dipenghujung jalan.... apabila berada dalam situasi ini apa yang aku fikirkan adalah demi untuk orang lain..bukan lagi untuk diri sendiri...walaupun kadang-kadang apa yang kita buat tidak dihargai, mungkin aku bukanlah seorang abah yang cukup baik buat anak-anak aku...aku bukanlah abah yang boleh dibanggakan dan aku lemahhh....huhhhh
Abah tidak dilahirkan terus dewasa wahai anak-anak abah, abah juga melalui proses zaman kanak-kanak,remaja serta dewasa....cuma zaman dahulu lebih berbeza dari zaman sekarang, kalau dahulu semua perkara perlu diusahakan sendiri baru akan dapat apa yang kita impikan, tiada istilah mendapat barang mainan walaupun dari pasar malam..kalau nak usahalah sendiri ...itu zaman abah,,,abah tak mahu kepayahan yang abah lalui juga dilalui oleh anak-anak abah...tapi rupanya Abah silap percaturan,,,zaman sekarang hati dan perasaan anak-anak juga memainkan peranan penting, kalau zaman abah dulu tiada istilah terasa hati..sebab dah tahu tak ada yang akan peduli dengan rasa hati kita, paling penting masa tu ..dapat makan dan dapat kesekolah dah kira cukup bagus...hari jadi sendiri pun abah tak pernah ingat...kalau nak harap wish atau kek...jauh panggang dari api...
Itu kisah dulu...seorang budak kampung yang tak penah termimpi untuk ada dalam kedudukan seperti sekarang,,ntah lah family abah dulu rasa susah atau tak semasa membesarkan abah...mungkin susah la jgak kot sebab cabaran zaman berubah-ubah,, dulu nak dapat RM 10 ringgit untuk beli buku terpaksa merayu dan menyusun ayat macam mana nak mintak duit...mula-mula kena marah dan khutbah..nasib kalau dapat..silap-silap tak dapat...pada masa tu abah berharap sangat.."kalaulah aku nie dapat bapak yang senang sikit nak bagi duit untuk beli buku latihan ..alangkah bagusnya"!!!!..masa tu Tok Hawa berniaga sayur kat pasar jadi dia la yang selalu bagi duit untuk abah beli buku dan bayar yuran...sebab tu lah abah belajar setakat sijil ja..lepas tu abah bekerja untuk kumpul duit...kemudian sambung lagi keperingkat Diploma..than kerja lagi than sambung peringkat Degree,,,kalau Tok dan Tok Wan mampu bagi duit untuk bagi abah belajar abah akan belajar ja terus sampai degree ..tak perlu sekerat-sekerat macam tu,,,peritnya abah nak dapat Degree...sebab tu minda abah amat fokus pada keselesaan anak-anak abah dalam pelajaran, fokus tentang keperluan barang untuk belajar, fokus tentang belanja pelajaran...itu adalah ekoran dari apa yang pernah abah lalui dahulu...abah tak mahu sejarah abah berulang pada anak-anak abah..
Untuk Anakku Aina... abah nak tanya?? dalam setahun berapa kali akak call abah untuk bertanya khabar....??? dan dalam setahun jugak berapa kali abah call akak untuk bertanya khabar???...abah tahu akak dah cukup remaja tapi belum cukup dewasa untuk mengenal erti sebenarnya kehidupan... kehidupan diluar sana lebih hebat cabarannya dari yang akak sangkakan...suatu hari akak akan ingat apa yang abah ucapkan hari ini... Kalau akak rasa abah tak perlu masuk campur hal akak dengan kakteh..fine,, i will leave it to u,,, kalau akak rasa akak perlu bersendirian dan tak mahu abah ganggu juga abah akan tunaikan...kalau akak rasa kawan-kawan akak lebih mengerti dari abah juga ok...kalau akak rasa abah tak akan faham masalah akak juga abah redha dan terima kelemahan abah itu...cuma satu saja abah nak katakan...AINA AMANINA TETAP ANAK ABAH YANG PALING ABAH SAYANG....kalau akak perlukan abah...abah tetap akan datang pada akak walau apa sekalipun anggapan akak pada abah...
Last but not least...abah setiap hari mendoakan kejayaan anak-anak abah dalam pelajaran...jadi abah harap akak dapat belajar dengan tenang selepas ini, pelajaran itulah yang akan menentukan siapakah akak dikemudian hari...

No comments:

Post a Comment