Wednesday, March 3, 2010

Salam...ahlanwalshahlan...

Emmmp hari nie baru start kerja...

Umrah kali nie banyak kemudahan yang Allah kurniakan,,, aku bersyukur sangat kerana dapat melakukan apa yang aku ingin lakukan pada kali ini dengan sempurna....semoga Allah memperkenankan doa ku....tinggal lagi orang yang aku doakan berusaha bersungguh-sungguh ja la lagi... harap- harap anak kesayangan ku dapat melakukan yang terbaik dalam examnya hujung tahun nie.... aku harap sangat aina berjaya dengan cemerlang,,,, walau apa keputusannya nanti aku tetap terima sebab dia tetap anakku...
Tak abis penat balik dari umrah...tup-tup dapat lak surat kena seminar kat KL....phuhhhh penat sangat...rasa mamai sebab pertukaran waktu pun tak abis lagi.....
Kursus integriti...alamak bosannya.........bukan apa...aku dah penat la dengar pasal integriti nie, bila kita tanya soalan mesti tak berjawab,,,masing2 nak jaga periok nasi la konon, baik tak yah buat kursus macam nie... apa-apa ja bab integriti dikalangan orang politik tak boleh disentuh langsung ,,sedangkan depa-depa nie yang banyak menggubal dasar kerajaan, mcm mana tu,, tapi i respek dgn penceramah dari AG pahang...Dato apa ntah,,,, dia nie betul2 mampu menjelaskan kedudukan ekonomi serta apa yang berlaku dalam negara kita berkaitan dengan integriti.....itulah yang hendak diketahui oleh peserta kursus,,,yang lain2 tu semua hanpeh...pakat2 nak sembunyi fakta sebenar apa yang berlaku dalam negara kita berkaitan integriti....nak tahu negara kita jatuh no 56 tahap integriti...dan golongan politik merupakan golongan yang paling tak dipercayai dalam integriti, dan dalam sektor ekonomi pulak negara kita di kedudukan ke 11 dari 12 negara asean....wawww johan dari belakang la kita rupanya...kalah kepada indonesia dan vietnam...bayangkan dimanakah kedudukan kita sekarang nie..
Bila dengar mcm tu risau gak ....risau pada generasi kita yang akan datang la... walau apa pun harap-harap anak2 ku yang kusayangi terjamin masa depannya,
Aku bersyukur kerana diberikan anak2 yang bermacam ragam, anak-anak yang membuatkan aku risau, senyum dan rindu.... apa-apa pun mereka dan aku adalah satu sampai akhir hayat...walaupun aku tahu kadang2 mereka nie cemburu antara satu sama lain... nie bab-bab hadiah yang aku belikan la....hehehehehe,,, nanti bila dewasa maka mereka akan sedar apa yang aku cuba lakukan.... untuk menghargai atas sesuatu kejayaan, untuk memberikan semangat, untuk memberikan sedikit keadilan....walaupun aku sedar sebagai manusia biasa aku tak mampu berlaku adil... tapi aku berusaha untuk berlaku adil...

No comments:

Post a Comment