Tuesday, March 16, 2010




Kali nie saya nak cerita sikit hal budak dua org nie....

Sebenarnya abah sayangkan kedua-duanya sama saja ... setiap orang ada kelebihan serta ada kelemahan ,,, abah kenal kedua-duanya.... kadang2 baik sampai seolah-olah depa dua orang ja dalam dunia nie,,,kadang-kadang bergaduh macam anjing dengan kucing... sekarang nie tengah berangin la..rasanya dah dekat 3 minggu tak bertegur sapa,,hehehee yang sulung tu ada banyak gak keturun perangai aku yang agak keras kepala dan bersungguh-sungguh kalau dama membuat sesuatu, sikapnya nie ada baiknya sebab terbawa-bawa dalam pembelajarannya jadi agak cemerlang dalam pelajarannya sebab sikapnya nie la...fighter...cuma dalam beberapa hal dia lebih suka mendiamkan diri serta memendamkan perasaan, harap dia mampu menanggung rasa dihati tue..ada ketikanya aku dapat bantu dan ada ketikanya dia tak mahu luahkan perasannya pada aku..biar la..setiap orang ada privasi tersendiri...aku faham kenapa dia tak mahu luahkan sebab kalau luahpun mesti ada yang menentang atau mengejek...aku tahu ramai yang akan mengutuknya serta brain wash anak-anak aku nie kalau mereka meluahkan sesuatu yang bertentangan dengan ibunya atau menyebelahi aku...aku cukup faham situasi ini, tapi rasanya tidak ada pula yang ada masa untuk duduk dan bertanya dari hati ke hati apa yang membuatkan rasa tidak puas hati anak-anak aku nie...yang ramai cuma tukang hentam...sebab ramai johan hentam kat sana tue...walau apapun aku harap tahun depan ada era baru pada anak2 aku yang sulung ini...abah tak akan biarkan kakak disana lagi selepas exam nanti...
Anak aku yang no 2 pula...nampak mcm lembut tapi agak tegas dalam apa yang dia mahu...cuma dalam pelajaran emmmppp malasnya tuhan saja yang tahu...tapi dia buat kejutan bila last minit nak buka sekolah dia ambil keputusan nak ikut aku...aku pun terkejut,,,biar betul kakteh nie...tapi aku amat bersyukur dan suka dgn keadaan ini, sekurang-kurangnya ada la anak yang tak makan saman dan nak ikut aku hehehe, rasanya kalau dari awal dia cakap nak ikut aku sure kena hentam terok...tapi sebab last minit iaitu 1 hari sebelum buka sekolah maka masing-masing sibuk hal masing mana sempat nak hentam...sampai sekarang dia takut nak balik kesana sebab tiap kali balik sure kena servis cukup-cukup....sampai kena paksa la kalau nak dibawa balik hehehe...tapi aku tahu taktik bawa balik tu sebenarnya nak tunjukkan pada org disana yang anak no 2 nie masih dgn orang2 disana saja hehehe...aku cukup kenal dgn perangai berpura-pura tue...masa kawin ibunya pun tak balik..tapi heboh pulak kata aku yang tak bagi balik...aku pun bengang gak bila anak2 aku sendiri cakap hal tue...mangkuk ayun punya orang... dia yg tak nak susahkan diri datang ambil anak ..aku lak disalahkan...takkan aku lak nak kena hantar kot..ingat aku teksi sapu ka apa..
Berbalik kisah kucing dengan anjing yang tengah krisis minyak angin nie...aku agak la nie kes cemburu la nie...aku rasa akak tak puas hati bila dapat tahu aku beli handphone baru kat kakteh, aku tahu sangat perangai anak aku nie, dulu dia berusaha keras untuk dapat no 1 dalam kelas dan tingkatan baru aku beli handphone kat dia...akak tahu tak kenapa abah beli handphone kat akak...sebab sebagai pengiktirafan atas usaha dan kejayaan akak....manakala pada kakteh pula kerana untuk memberikan dorongan supaya lebih berusaha...abah beli pada akak tanpa syarat sebab akak mencapai kejayaan, tapi pada kakteh ada syaratnya...kalau syarat tu gagal dipatuhai maka kemudahan akan abah tarik balik...ada dua perbezaan disitu yang harus akak ingat......
Sebenarnya sebagai abah pada anak2nya sebolehnya abah nak semua anak2 abah berjaya dalam segala bidang yang diminati serta berjaya dalam pelajaran khususnya, abah akan buat apa sahaja untuk mendorong anak2 abah kearah kejayaan, ianya berbentuk pengiktirafan atau dorongan....kalau abah bagi pada akak saja tentu tak adil kan..walaupun akak memang bijak dalam pelajaran, adik2 yang lain juga anak-anak abah juga kan...cuma akak akan dapat lebih cepat dari yang lain tanpa syarat manakala anak2 abah yang agak lemah dalam pelajaran akan dapat lambat dan dengan syarat sebagai dorongan untuk berusaha...abah akan cuba seimbangkan mengikut keadaan..
Untuk akak berjaya dengan mendapat semua A dalam peperiksaan akan datang, abah sudah membayangkan sesuatu yang cukup menarik... jika akak berjaya mendapat semua A dalam exam nanti abah akan pastikan akak akan ternganga mulut luas dan lama bila tahu apa yang abah akan hadiahkan pada akak....nilainya cukup tinggi dan cukup hebat...hanya abah saja yang tahu....supriseeeeee....
Sebenarnya abah lebih suka melihat akak dengan kakteh seperti dulu...berbaik,mesra dan saling meluahkan masalah antara satu sama lain, itulah yang terbaik untuk akak dengan kakteh sebenarnya dikala mendapat tekanan dan hentaman dari penghentam tak bertauliah...pleaseee

No comments:

Post a Comment