Tuesday, April 20, 2010

Anak-anakku



Asna

Selamat hari jadi anak abah ....phuhh sedar tak sedar dah 3 tahun umur anak kesayangan aku nie....makin pandai cakap dan pandai bergaya....tahun nie aku hadiahkan sebuah basikal calour pink..idaman dia nie...dan umi dia bagi sepasang baju serta patung barbie....
Walaupun terlewat sikit aku sambut pada 17 hb dgn dia...sepatutnya 16 hb la...what ever pun...aku tak pernah lupa dan pasti ada hadiah walaupun tak seberapa...2 hari sebelum aku ambik dia...tiap hari dia call tanya pasal basikal dia hehehe sure seronok habis dapat hadiah idaman...apa lagi yang lebih mengembirakan aku selain melihat anak-anak aku tersenyum puas...that my happynest...
Oleh kerana masa terhad maka aku tak bawa depa pi mana-mana sangat,just bawa pergi makan dan pergi ketaman mainan saja...kali nie dia cakap tak henti-henti hehehee...otak aku dah mula melayang nak jaga anak aku nie sepenuh masa..emmmppp..kalau impian aku nie tercapai maka akulah insan paling bahagian dalam dunia nie...phuhhhh..
Kali nie aku tak kacau Aina..sebab aku tahu dia amat sibuk dengan jadual tuisyen dia...lagipun masa aku terhad sangat...hujung minggu nie aku sibuk pulak dengan perasmian balai baru..sabtu,ahad kerja huhhhhhhhhh...soo aku plan nak ambik anak aku pada minggu selepas tu la..that mean pada 30 hb nie la...emppp ,,kalau ada rezeki boleh la bawa anak-anak aku naik kereta baru hehehee...aku beli tu pun sebab nak bagi depa selesa dalam perjalanan...soo that why aku beli kereta baru nie...
Rumah dah beli..kereta dah beli..emmppp soo maybe this the best time ambik anak-anak duduk dengan aku...keselesaan dirumah dan keselesaan semasa diperjalanan...
Cuti baru nie aku ambil kesempatan pergi survey satu tapak rumah di perlis, emmp ok gak tapak tu,agak murah dan dan ada rumah banglo dah pun kat tapak tue, cuma perlu dikemaskan ja la sikit, aku rasa macam nak beli la jugak...saja nak bagi mak aku duduk sebab area tu kawasan madrasah atau pondok..soo sesuai la kalau mak aku duduk ..boleh gak mengeji kat situ sebab tiap petang ada orang mengajar agama...nanti-nanti aku pulak boleh duduk kat situ...maybe aku beli kot rumah tue...nampak kawasan cantik dan tenang ja...
Sabtu pagi aku main golf..phuhhh dah lama tak main...rasanya dah 4 bulan aku tak main...alamak sure aku kena belasah terok le nie...tapi nasib baik skill aku tak hilang lagi..ada la buah hikmah yang aku simpan..hehehe Che Din kalah terok lagi...nampaknya depa tu tak la ada perubahan sangat sepanjang aku tinggalkan..main macam tu la jugak hehehehe...
Walau pun aku diet tapi bila terbau gulai daging mak aku..phuhhh hancur diet aku hari ahad tue...punya 10 hari aku tahan diri dari sentuh nasi..akhirnya aku kecundang hahahahaha...Alia pun hancur gak bila makan sambal mak aku..dah bertambah2 aku tengok..berulang lak tu makan nasi...mana tak berat naik hehehehe
Nampaknya stategik aku dgn wife aku menampakkan hasil...Alia dah masuk perangkap..rupanya dia nie jenis yang jangan disuruh hehehe biarrrr ja...at last aku tengok dia cuci baju dan uruskan pakaian dia sendiri..hehehehe bernas gak otak bini aku, sampai bila ja sampai kat rumah semalam pun dia dok kalut cuci baju lagi hehehepadan mka..malas sangat heheheh...pagi tadi pukul 6 pagi dia bangun tanpa perlu disuruh hehehehee ...dah takut terlewat masuk sekolah..sebab kalau dia lewat lagi sure kena rotan hahahaha tau pun takut...sebenarnya aku dgn my wife ada plan yg lebih besar nak ajar Alia nie berdikari...tapi tunggu la nanti lepas duduk rumah baru...dengan dia nie kena plan betul2 hehehe...malasnya macam langit dgn bumi antara Alia dan Aina...phuhhh apapun aku akan lentur gak buluh nie hehehehe tengok la hang nahas la lepas nie aku kerjakan hehehe

Sunday, April 11, 2010

12/04/2010

Diet

Phuhh bila diet digabungkan dengan senaman di Gim..phuhh baru la aku terasa badan aku pulih kembali kesegarannya...dalam 4 hari diet dengan senaman selama 30 minit sehari,,,, daripada berat aku 87 kilo sekarang dah turun kepada 85 kilo...emmmp memang agak tersiksa la jugak sebab tukar meal dari makan nasi kepada makan Oat ja setiap hari...hari nie masuk hari ke 5 aku tak makan nasi..sekaramg dah jadi biasa..nasib baik wife aku suka pelbagaikan masakan oat tue..kalau tak mau muntah jugak aku nie hehehee...apapun aku bertekad untuk turunkan sampai 77 kilo dalam tempoh 30 hari...harap-harap boleh la...kalau tak dapat 10 kilo..dapat 5 kilo pun jadi lah...apa pun aku dah mula serasi makan oat..dan tak makan malam..emmp badan makin ringan dan perut makin kecik hehehee..
Alia duduk kat rumah seminggu berulang alik kesekolah...sepatutnya 2 minggu dia dapat MC...hehehe tapi bila aku tengok kaki dia dah ok ja jadi aku suruh ja masuk asrama lebih awal..sebabnya aku selalu lambat ambik dia lepas sekolah, lagipun aku rasa dia memang sesuai duduk asrama ja...nak tau kenapa..phuhhh ...aku rasa dia semakin malas...bukan semakin la tapi memang cukup-cukup malas...yang dia tahu ..makan ,tido dan tengok tv ja...pakaian dia sendiri pun malas nak cuci, pinggan dia makan sendiri pun dia malas cuci...mulanya aku bising jugak..dah tak larat bising maka aku ambil pendekatan biarkan ja...patutlah Amani selalu bising, bayangkan dia boleh tido dalam keadaan bilik yang bersepah,,, sengaja aku tak bagi isteri aku kemaskan untuk dia,,, semalam aku dah berbincang dgn wife aku..mcm mana nak ubah sikap malas dia nie...emmppp at last ada beberapa kaedah kami nak buat,,,nanti dia balik kami nak try kaedah yang kami dah rancang nie..biar dia rasa akibat malasnya dia nie...dulu aku rasa tak la malas sangat dia nie..tapi sekarang dia cukup-cukup malas,menguruskan diri sendiri pun malas teramat...
Hari minggu baru ne tak banyak aktiviti sangat, cuma pagi2 pergi jogging kejap kat telok batik, hari ahad aku rasmikan hari keluarga peringkat balai sri iskandar ja la..petang sabtu pergi ambil air kat kaki cameron highland dan beli hadiah kat Amila..stok air untuk 2 minggu..yang lain lepak tengok tv ja la,,

Tuesday, April 6, 2010

Diet

Phuhh dah seminggu aku rasa lain macam ja badan aku nie...macam ada yang tak kena ja...rasa lemah ja...semalam bila aku timbang baru la tau kenapa...phuhh aku dah naik hampir 4 kilo..alamak patut la rasa lain...biasanya berat aku tak penah lebih 85 kilo..semalam dah lebih dari 87 kilo,,,,sooo mulai hari nie aku berazam tak akan makan nasi sampai berat aku cecah 78 kilo...nampaknya bini aku pun nak ikut jejak aku..soo senang la..isnin dan khamis puasa dan hari2 seterusnya tak makan nasi dengan senaman...emmp harap-harap berjaya la...dimana ada kesungguhan disitu ada kejayaan...
Sooo untuk itu maka aku pun dah arahkan semua staff aku bersenam,, ambil masa waktu pagi atau petang sebab kat office aku nie tak la sibuk sangat..bila semua kerja dah disiapkan maka aku suruh ja depa pi Gim...untung Gim kat dalam kawasan kami ja soo kalau ada hal apa-apa boleh ja terus balik kat office...

Wednesday, March 31, 2010

Khutbah malam

Semalam aku jadi tukang Khutbah...nak tahu khutbah apa hehehe

Sebenarnya aku nie suka gak bagi ceramah free kat bini aku...ceramah agama la,,yang simple-simple ja la...apa-apa ilmu yang aku dapat dari pembacaan aku akan syer dgn dia, dia pulak tiap malam lepas solat maghrib akan betulkan bacaan Al-Quran aku,aku nie lemah sikit dalam bacaan Al-Quran,jadi perkongsian ilmu la...tapi semalam lepas maghrib aku tak baca Al-Quran macam selalu...aku bagi khutbah pada dia tentang cara-cara mengelakkan penipuan dalam kehidupan kita sekarang nie,, bukan apa dia selalu sangat kena tipu oleh Agen-agen Insuran la,agen jual kad diskaun la agen jual kad melancong la..ntah apa-apa la....tengok sekali macam tegas sangat,, harap bulu roma ja banyak hehehe tapi selalu kena kencing dengan ayaq liuq ja dengan agen-agen penipu nie,,,aku rasa tahun lepas dekat 1000 duit dai abis kena tipu mcm tue ja,,,ingatkan dah abis,,tup-tup tahun nie ada lagi phuhhh
Tips yang aku bagi kat dia...jangan bagi kepada sebarangan orang no kad kredit, jangan bagi sebarangan salinan i/c pada orang, insiden yang berlaku semua akibat dia mudah sangat bagi no kad kredit pada orang, bila tengok bil mula buat gelabah buaya,, tiap bulan kena potong...penat la kena bayar,,disamping tu dia bagi alasan tak larat dengar depa dok bercakap at last bagi ja la..wahhh mudahnya..jadi aku bagi tips...butang handphone tu ada warna merah satu dan warna hijau satu...kalau tak larat nak dengar tekan ja butang merah..abis cerita...aku harap lepas nie perkara nie tak akan berulang lagi, aku tengok mata dia dah merah,,heheheh nak teriak la tue... bila lepas solat isyak baru aku baca Quran dengan dia,,,than aku ajak keluar makan kuey teow yang dia idamkan tue,,,tak mauuuu...hehehehe ok la tue...lepas baca buku jap than tidoooo ja la...
Semalam aku dah call budak yang tipu bini aku tue,,,aku gertak dia,,pagi nie dia call balik tapi orang lain yang cakap...aku cuma kata kalau depa tak return balik duit yang depa tipu dan potong dari kredit kad tu maka aku akan report polis dan akan bawa cerita nie ke paper...lantak la kat campany depa...bukan masalah aku ,,ini sebagai peringatan supaya tak menipu dalam perniagaan...

1/4/2010


Hakikat kehidupan


Dalam kehidupan ku ini .... aku rasa aku dah berada dipenghujung jalan.... apabila berada dalam situasi ini apa yang aku fikirkan adalah demi untuk orang lain..bukan lagi untuk diri sendiri...walaupun kadang-kadang apa yang kita buat tidak dihargai, mungkin aku bukanlah seorang abah yang cukup baik buat anak-anak aku...aku bukanlah abah yang boleh dibanggakan dan aku lemahhh....huhhhh
Abah tidak dilahirkan terus dewasa wahai anak-anak abah, abah juga melalui proses zaman kanak-kanak,remaja serta dewasa....cuma zaman dahulu lebih berbeza dari zaman sekarang, kalau dahulu semua perkara perlu diusahakan sendiri baru akan dapat apa yang kita impikan, tiada istilah mendapat barang mainan walaupun dari pasar malam..kalau nak usahalah sendiri ...itu zaman abah,,,abah tak mahu kepayahan yang abah lalui juga dilalui oleh anak-anak abah...tapi rupanya Abah silap percaturan,,,zaman sekarang hati dan perasaan anak-anak juga memainkan peranan penting, kalau zaman abah dulu tiada istilah terasa hati..sebab dah tahu tak ada yang akan peduli dengan rasa hati kita, paling penting masa tu ..dapat makan dan dapat kesekolah dah kira cukup bagus...hari jadi sendiri pun abah tak pernah ingat...kalau nak harap wish atau kek...jauh panggang dari api...
Itu kisah dulu...seorang budak kampung yang tak penah termimpi untuk ada dalam kedudukan seperti sekarang,,ntah lah family abah dulu rasa susah atau tak semasa membesarkan abah...mungkin susah la jgak kot sebab cabaran zaman berubah-ubah,, dulu nak dapat RM 10 ringgit untuk beli buku terpaksa merayu dan menyusun ayat macam mana nak mintak duit...mula-mula kena marah dan khutbah..nasib kalau dapat..silap-silap tak dapat...pada masa tu abah berharap sangat.."kalaulah aku nie dapat bapak yang senang sikit nak bagi duit untuk beli buku latihan ..alangkah bagusnya"!!!!..masa tu Tok Hawa berniaga sayur kat pasar jadi dia la yang selalu bagi duit untuk abah beli buku dan bayar yuran...sebab tu lah abah belajar setakat sijil ja..lepas tu abah bekerja untuk kumpul duit...kemudian sambung lagi keperingkat Diploma..than kerja lagi than sambung peringkat Degree,,,kalau Tok dan Tok Wan mampu bagi duit untuk bagi abah belajar abah akan belajar ja terus sampai degree ..tak perlu sekerat-sekerat macam tu,,,peritnya abah nak dapat Degree...sebab tu minda abah amat fokus pada keselesaan anak-anak abah dalam pelajaran, fokus tentang keperluan barang untuk belajar, fokus tentang belanja pelajaran...itu adalah ekoran dari apa yang pernah abah lalui dahulu...abah tak mahu sejarah abah berulang pada anak-anak abah..
Untuk Anakku Aina... abah nak tanya?? dalam setahun berapa kali akak call abah untuk bertanya khabar....??? dan dalam setahun jugak berapa kali abah call akak untuk bertanya khabar???...abah tahu akak dah cukup remaja tapi belum cukup dewasa untuk mengenal erti sebenarnya kehidupan... kehidupan diluar sana lebih hebat cabarannya dari yang akak sangkakan...suatu hari akak akan ingat apa yang abah ucapkan hari ini... Kalau akak rasa abah tak perlu masuk campur hal akak dengan kakteh..fine,, i will leave it to u,,, kalau akak rasa akak perlu bersendirian dan tak mahu abah ganggu juga abah akan tunaikan...kalau akak rasa kawan-kawan akak lebih mengerti dari abah juga ok...kalau akak rasa abah tak akan faham masalah akak juga abah redha dan terima kelemahan abah itu...cuma satu saja abah nak katakan...AINA AMANINA TETAP ANAK ABAH YANG PALING ABAH SAYANG....kalau akak perlukan abah...abah tetap akan datang pada akak walau apa sekalipun anggapan akak pada abah...
Last but not least...abah setiap hari mendoakan kejayaan anak-anak abah dalam pelajaran...jadi abah harap akak dapat belajar dengan tenang selepas ini, pelajaran itulah yang akan menentukan siapakah akak dikemudian hari...

Monday, March 22, 2010



Ini anak saya yang bernama asna adlina....'''bibik balik wudan..hehehe

Sebenarnya anak aku yg nie tak banyak bersama aku tetapi tak pernah terputus sebab sentiasa aku call...kalau aku call sure terjerit nak cakap...kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang dia cerita sebab mmg suara dia tak putus2 kalau cerita, permintaan standart dia kat aku...abah nak tidur hotel...abah nak mandi kolam atau abah nak pi lompat...hehehehe tapi maybe itulah kegemarannnay jadi itulah jugak tempat yang selalu aku bawa dia kalau bercuti, selalunya aku balik hari atau bermalam semalam kat hotel dengan dia...tapi cuti sekolah baru nie ada sedikit perubahan yang cukup menyenangkan aku...
Sebenarnya aku risau gak takut dia mengamuk bila aku bercadang nak ambil dia 2 malam dirumah aku...tapi tawakkal ja la..kalau ok maknanya lepas nie aku boleh la ambil lebih lama...aku ambil dia dgn anak aku yang no 3, amila..emmmpp seperti biasa dia akan banyak diam waktu aku mula ambil dia, mmg mcm tu la sejak dulu..cuma senyum2 ja bila aku tanya apa-apa hal...naik ja kereta terus dia layu..ngantuk la tue..dlm 10 minit ja terus dia nyenyak tidur... lepas 3 jjam baru dia terjaga...time tu aku pergi beli ikan kat tepi jalan ja...bila masuk ja kereta dia senyum simpul ja..mula dah cakap dan tanya kat mana??
Sampai kat rumah dah pukul 6 ptg lebih.. wife aku dah siapkan semua keperluan untuk anak aku nie,malam tu kami makan kat luar ja...anak aku nie kurus sebenarnya..ntah la kenapa..tapi maybe sesuai dgn uminya kot..aku tgk berselera lak dia makan bila disuap...banyak jugak dia makan..than aku bawa depa main sampai mengantuk baru balik kerumah...aku siapkan tempat tidur dalam bilik kami ja..thanks to my wife sebab tak kisah berkongsi bilik dgn anak2 kami 2 org tu...malam tue aku tidur dgn depa kat bawah...ntah mcm mana aku tertindih tangan asna la pulak..hehehe menangis dia tengah malam..alamak mcm mana nie..tapi spontan ja dia lompat naik atas katil dan pelok wife aku...kena pelok dan dodoi sikit terus dia lena sampai pagi...wahh aku tgk dah macam umi dgn anak ja...aku rasa bahagia sangat waktu tue...
Esoknya aku bawa depa pi cameron Highland..bertolak pukul 9 pagi...sebelum bertolak my wife dah siapkan bekal mee hoon, emmp aku suapkan asna pagi tu..alamak banyaknya dia makan..berselera aku tgk dia makan..aku terpikir gak kemana makanan pergi kalau tiap hari dia makan mcm tu sure badan dia tak kering mcm tue la...sampai dipertengahan jalan, aku isikan botol2 kosong dgn air bukit, ada la dalam 12 botol..mmg aku dah plan nak ambil air nie buat minum pun..masa tu my wife suapkan lagi asna..aku tgk dia makan lagi..phhh biar betul anak kami nie... tapi mmg dia makan banyak pun...mmg sedap atau mmg lapar atau dia nie mmg harus disuap baru dia makan...
sampai diatas sana kami jalan2 dan makan strawberry tahan dekat masuk waktu solat...soo aku tinggal depa dalam kereta dan pi solat dulu...bila aku balik aku tgk wife aku dok rancak suapkan asna lagi..hampir habis satu bungkus mee hoon yang dibuat isteri aku...bila aku nampak tue comfirm asna nie lalu makan cuma dia nie kena dilayan dengan menyuap makan dia... sekali pikir macam nak ambik dduk dgn aku ja..biar badan dia sihat dan besar sikit...sebab amila kata asna cuma dibagi nasi dan lauk dan dibiarkan suap sendiri...aku sedih,geram dan sakit hati bila dengar macam tu...
Kami sampai kerumah dah hampir maghrib...masing2 dah penat dan kenyang..malam kedua nie aku risau gak..buatnya dia mengamuk nak balik...aku bawa depa shopping jap kat Giant...asna nak seluar jeans yg ada butang warna pink...pengaruh Amani la nie..malam tue dia boleh lompat sakan lagi..aku ingatkan penat masa kat cameron highland...ntah pukul 1 lebih agaknya baru dia tido...nyenyak tidonya...tengah malam dia merengek sikit ja..bila wife aku tepok2 terus tido sampai pagi...
Bangun pagi depa tak nak mandi sebab mmg pagi tue aku nak bawa mandi kat Marina Cove Lumut...soo pagi tue kami makan sikit sarapan than terus ja mandi...rumah aku dgn marina cove tue tak jauh dalam 15 minit ja... mulanya asba merajuk...biasa la amila kan tukang kacau...lepas sejam baru mood dia ok..mandi sakan la..lepas tu mintak nak makan...phuhh nasib baik aku seludup nasi goreng..banyak lak dia makan..baki tue amila habiskan...asna dah naik berjemur sb dah kecut satu badan, lepas ok dia turun lagi...dah dekat pukul 12.30 baru habis mandi...
Balik kat rumah dia kata nak kencing hehehee..my wife bawa dia ke bilik air...hahahahaa dia kata nak terkentut..hehehe at lak dia berak hahahaha...lepas tu siap bagi arahan kat my wife.." cepat la cuci" alamak masing2 jerit bila tgk taik kat dalam bilik air...asna boleh buat muka toya je sambil sengeh hehehehe... apa lagi aku la kena hapuskan taik tu dari bilik air tue...nasib baik taik keras senang sikit la aku hapuskan..hehehehe, dia pakai seluar baru tu dari mula beli sampai lah kehari balik ...tak senonoh punya anak..
Pukul 3 ptg aku hantar depa balik ke simpang pulai...dan ambil kakteh pulak,,,tapi aku terus balik kg pulak lepas tue hehehehe..

Tuesday, March 16, 2010




EEmmmppp hari nie aku banyak laka masa soo boleh la cerita ckit2 hal perangai anak aku nie...
Yang dalam gambar tu namanya Amila Liyana....yang nie lahir bulan gelap la sikit hehehe , anak aku yang ini sebenarnya membuatkan aku terhibur dan kadang2 buat aku naik darah satu badan hehehe...tapi kelebihan dia nie adalah dia dapat kesan awal bila aku mula nak naik angin... heheheh
Dia nie sebenarnya kuat mengusik adiknya...tapi dia nie kalau mengusik dalam diam-diam ja, sedar tak sedar dah meraung sakan adik tue..lepas tu dia pura-pura pujuk sebab takut aku marah la..dah tahu sangat pattern dia nie hehehe
Satu lagi yang aku cukup tahu dia nie ...kalau dia nak minta sesuatu dari aku sure dia akan himpit cukup-cukup dan cakap pun cukup sopan hehehe itu maknanya dia nakkan sesuatu la,, kalau apa-apa yang kakak dia dapat sure dia pun nak jugak walaupun barang tu bukan berguna pun pada dia..nie kes nak sama rata la nie..dia paling suka dengan hadiah..walaupun hadiah harijadi untuk org lain dia akan tak putus asa call aku berkali12 nak tahu apa hadiah tue...kalau time dah dekat nak hari jadi dialah org paling sibuk call aku...bayangkan dia dah siap susun hadiah apa yang dia nak untuk harijadi dia sendiri yang akan sampai hujung tahun nie...bulan Feb dah siap plan...master of planning for gift la anak aku sorang nie...selagi tak cakap atau tak kata iya...selagi tu la tiap hari dia call hehehehe
Dia anak paling sensitif...kalau ada kisah sedih maka dia la org mula-mula keluar air mata, time aku nak hantar balik pun selalu mata merah ja...untuk elakkan keluar air mata maka aku buat ja lawak bodoh soo semua senyum ja la hehehe...
Esok aku ambil Asna dgn Amila..sure esok pagi2 dah siap call nak ambil pukul berapa la jawabnya..tapi aku suka dgn amila yang sentiasa on handphone dia untuk aku call walaupun rasanya aku sorang ja la kot yang selalu call dia hehehe, sekarang dia berangan2 nak handphone warna hitam yang boleh berpusing...aku dah tengok handphone tu tapi tunggu la sampai hari jadi dulu hehehe...selalunya dia akan tetapkan apa hadiah yang dia nak...lucu gak dia nie...tapi nak hadiah berbalut...mana nak suprise hehehe
Ada satu lagi hadiah dia nak...guiter...sebab kaka dia dapat guiter...tapi aku syaratkan dia perlu buat simpanan sebanyak RM 50...selebihnya aku baru tambah, harga guiter tu dalam RM 135...so sekarang dia dah ada RM 35 baru...sekarang dia tengah pujuk aku la nak mintak aku beli walaupun duit dia belum cukup...tunggu sampai cukup...belajar bersabarrrr hehehe