Sunday, April 11, 2010

12/04/2010

Diet

Phuhh bila diet digabungkan dengan senaman di Gim..phuhh baru la aku terasa badan aku pulih kembali kesegarannya...dalam 4 hari diet dengan senaman selama 30 minit sehari,,,, daripada berat aku 87 kilo sekarang dah turun kepada 85 kilo...emmmp memang agak tersiksa la jugak sebab tukar meal dari makan nasi kepada makan Oat ja setiap hari...hari nie masuk hari ke 5 aku tak makan nasi..sekaramg dah jadi biasa..nasib baik wife aku suka pelbagaikan masakan oat tue..kalau tak mau muntah jugak aku nie hehehee...apapun aku bertekad untuk turunkan sampai 77 kilo dalam tempoh 30 hari...harap-harap boleh la...kalau tak dapat 10 kilo..dapat 5 kilo pun jadi lah...apa pun aku dah mula serasi makan oat..dan tak makan malam..emmp badan makin ringan dan perut makin kecik hehehee..
Alia duduk kat rumah seminggu berulang alik kesekolah...sepatutnya 2 minggu dia dapat MC...hehehe tapi bila aku tengok kaki dia dah ok ja jadi aku suruh ja masuk asrama lebih awal..sebabnya aku selalu lambat ambik dia lepas sekolah, lagipun aku rasa dia memang sesuai duduk asrama ja...nak tau kenapa..phuhhh ...aku rasa dia semakin malas...bukan semakin la tapi memang cukup-cukup malas...yang dia tahu ..makan ,tido dan tengok tv ja...pakaian dia sendiri pun malas nak cuci, pinggan dia makan sendiri pun dia malas cuci...mulanya aku bising jugak..dah tak larat bising maka aku ambil pendekatan biarkan ja...patutlah Amani selalu bising, bayangkan dia boleh tido dalam keadaan bilik yang bersepah,,, sengaja aku tak bagi isteri aku kemaskan untuk dia,,, semalam aku dah berbincang dgn wife aku..mcm mana nak ubah sikap malas dia nie...emmppp at last ada beberapa kaedah kami nak buat,,,nanti dia balik kami nak try kaedah yang kami dah rancang nie..biar dia rasa akibat malasnya dia nie...dulu aku rasa tak la malas sangat dia nie..tapi sekarang dia cukup-cukup malas,menguruskan diri sendiri pun malas teramat...
Hari minggu baru ne tak banyak aktiviti sangat, cuma pagi2 pergi jogging kejap kat telok batik, hari ahad aku rasmikan hari keluarga peringkat balai sri iskandar ja la..petang sabtu pergi ambil air kat kaki cameron highland dan beli hadiah kat Amila..stok air untuk 2 minggu..yang lain lepak tengok tv ja la,,

No comments:

Post a Comment