Wednesday, March 31, 2010

Khutbah malam

Semalam aku jadi tukang Khutbah...nak tahu khutbah apa hehehe

Sebenarnya aku nie suka gak bagi ceramah free kat bini aku...ceramah agama la,,yang simple-simple ja la...apa-apa ilmu yang aku dapat dari pembacaan aku akan syer dgn dia, dia pulak tiap malam lepas solat maghrib akan betulkan bacaan Al-Quran aku,aku nie lemah sikit dalam bacaan Al-Quran,jadi perkongsian ilmu la...tapi semalam lepas maghrib aku tak baca Al-Quran macam selalu...aku bagi khutbah pada dia tentang cara-cara mengelakkan penipuan dalam kehidupan kita sekarang nie,, bukan apa dia selalu sangat kena tipu oleh Agen-agen Insuran la,agen jual kad diskaun la agen jual kad melancong la..ntah apa-apa la....tengok sekali macam tegas sangat,, harap bulu roma ja banyak hehehe tapi selalu kena kencing dengan ayaq liuq ja dengan agen-agen penipu nie,,,aku rasa tahun lepas dekat 1000 duit dai abis kena tipu mcm tue ja,,,ingatkan dah abis,,tup-tup tahun nie ada lagi phuhhh
Tips yang aku bagi kat dia...jangan bagi kepada sebarangan orang no kad kredit, jangan bagi sebarangan salinan i/c pada orang, insiden yang berlaku semua akibat dia mudah sangat bagi no kad kredit pada orang, bila tengok bil mula buat gelabah buaya,, tiap bulan kena potong...penat la kena bayar,,disamping tu dia bagi alasan tak larat dengar depa dok bercakap at last bagi ja la..wahhh mudahnya..jadi aku bagi tips...butang handphone tu ada warna merah satu dan warna hijau satu...kalau tak larat nak dengar tekan ja butang merah..abis cerita...aku harap lepas nie perkara nie tak akan berulang lagi, aku tengok mata dia dah merah,,heheheh nak teriak la tue... bila lepas solat isyak baru aku baca Quran dengan dia,,,than aku ajak keluar makan kuey teow yang dia idamkan tue,,,tak mauuuu...hehehehe ok la tue...lepas baca buku jap than tidoooo ja la...
Semalam aku dah call budak yang tipu bini aku tue,,,aku gertak dia,,pagi nie dia call balik tapi orang lain yang cakap...aku cuma kata kalau depa tak return balik duit yang depa tipu dan potong dari kredit kad tu maka aku akan report polis dan akan bawa cerita nie ke paper...lantak la kat campany depa...bukan masalah aku ,,ini sebagai peringatan supaya tak menipu dalam perniagaan...

1/4/2010


Hakikat kehidupan


Dalam kehidupan ku ini .... aku rasa aku dah berada dipenghujung jalan.... apabila berada dalam situasi ini apa yang aku fikirkan adalah demi untuk orang lain..bukan lagi untuk diri sendiri...walaupun kadang-kadang apa yang kita buat tidak dihargai, mungkin aku bukanlah seorang abah yang cukup baik buat anak-anak aku...aku bukanlah abah yang boleh dibanggakan dan aku lemahhh....huhhhh
Abah tidak dilahirkan terus dewasa wahai anak-anak abah, abah juga melalui proses zaman kanak-kanak,remaja serta dewasa....cuma zaman dahulu lebih berbeza dari zaman sekarang, kalau dahulu semua perkara perlu diusahakan sendiri baru akan dapat apa yang kita impikan, tiada istilah mendapat barang mainan walaupun dari pasar malam..kalau nak usahalah sendiri ...itu zaman abah,,,abah tak mahu kepayahan yang abah lalui juga dilalui oleh anak-anak abah...tapi rupanya Abah silap percaturan,,,zaman sekarang hati dan perasaan anak-anak juga memainkan peranan penting, kalau zaman abah dulu tiada istilah terasa hati..sebab dah tahu tak ada yang akan peduli dengan rasa hati kita, paling penting masa tu ..dapat makan dan dapat kesekolah dah kira cukup bagus...hari jadi sendiri pun abah tak pernah ingat...kalau nak harap wish atau kek...jauh panggang dari api...
Itu kisah dulu...seorang budak kampung yang tak penah termimpi untuk ada dalam kedudukan seperti sekarang,,ntah lah family abah dulu rasa susah atau tak semasa membesarkan abah...mungkin susah la jgak kot sebab cabaran zaman berubah-ubah,, dulu nak dapat RM 10 ringgit untuk beli buku terpaksa merayu dan menyusun ayat macam mana nak mintak duit...mula-mula kena marah dan khutbah..nasib kalau dapat..silap-silap tak dapat...pada masa tu abah berharap sangat.."kalaulah aku nie dapat bapak yang senang sikit nak bagi duit untuk beli buku latihan ..alangkah bagusnya"!!!!..masa tu Tok Hawa berniaga sayur kat pasar jadi dia la yang selalu bagi duit untuk abah beli buku dan bayar yuran...sebab tu lah abah belajar setakat sijil ja..lepas tu abah bekerja untuk kumpul duit...kemudian sambung lagi keperingkat Diploma..than kerja lagi than sambung peringkat Degree,,,kalau Tok dan Tok Wan mampu bagi duit untuk bagi abah belajar abah akan belajar ja terus sampai degree ..tak perlu sekerat-sekerat macam tu,,,peritnya abah nak dapat Degree...sebab tu minda abah amat fokus pada keselesaan anak-anak abah dalam pelajaran, fokus tentang keperluan barang untuk belajar, fokus tentang belanja pelajaran...itu adalah ekoran dari apa yang pernah abah lalui dahulu...abah tak mahu sejarah abah berulang pada anak-anak abah..
Untuk Anakku Aina... abah nak tanya?? dalam setahun berapa kali akak call abah untuk bertanya khabar....??? dan dalam setahun jugak berapa kali abah call akak untuk bertanya khabar???...abah tahu akak dah cukup remaja tapi belum cukup dewasa untuk mengenal erti sebenarnya kehidupan... kehidupan diluar sana lebih hebat cabarannya dari yang akak sangkakan...suatu hari akak akan ingat apa yang abah ucapkan hari ini... Kalau akak rasa abah tak perlu masuk campur hal akak dengan kakteh..fine,, i will leave it to u,,, kalau akak rasa akak perlu bersendirian dan tak mahu abah ganggu juga abah akan tunaikan...kalau akak rasa kawan-kawan akak lebih mengerti dari abah juga ok...kalau akak rasa abah tak akan faham masalah akak juga abah redha dan terima kelemahan abah itu...cuma satu saja abah nak katakan...AINA AMANINA TETAP ANAK ABAH YANG PALING ABAH SAYANG....kalau akak perlukan abah...abah tetap akan datang pada akak walau apa sekalipun anggapan akak pada abah...
Last but not least...abah setiap hari mendoakan kejayaan anak-anak abah dalam pelajaran...jadi abah harap akak dapat belajar dengan tenang selepas ini, pelajaran itulah yang akan menentukan siapakah akak dikemudian hari...

Monday, March 22, 2010



Ini anak saya yang bernama asna adlina....'''bibik balik wudan..hehehe

Sebenarnya anak aku yg nie tak banyak bersama aku tetapi tak pernah terputus sebab sentiasa aku call...kalau aku call sure terjerit nak cakap...kadang-kadang aku sendiri tak faham apa yang dia cerita sebab mmg suara dia tak putus2 kalau cerita, permintaan standart dia kat aku...abah nak tidur hotel...abah nak mandi kolam atau abah nak pi lompat...hehehehe tapi maybe itulah kegemarannnay jadi itulah jugak tempat yang selalu aku bawa dia kalau bercuti, selalunya aku balik hari atau bermalam semalam kat hotel dengan dia...tapi cuti sekolah baru nie ada sedikit perubahan yang cukup menyenangkan aku...
Sebenarnya aku risau gak takut dia mengamuk bila aku bercadang nak ambil dia 2 malam dirumah aku...tapi tawakkal ja la..kalau ok maknanya lepas nie aku boleh la ambil lebih lama...aku ambil dia dgn anak aku yang no 3, amila..emmmpp seperti biasa dia akan banyak diam waktu aku mula ambil dia, mmg mcm tu la sejak dulu..cuma senyum2 ja bila aku tanya apa-apa hal...naik ja kereta terus dia layu..ngantuk la tue..dlm 10 minit ja terus dia nyenyak tidur... lepas 3 jjam baru dia terjaga...time tu aku pergi beli ikan kat tepi jalan ja...bila masuk ja kereta dia senyum simpul ja..mula dah cakap dan tanya kat mana??
Sampai kat rumah dah pukul 6 ptg lebih.. wife aku dah siapkan semua keperluan untuk anak aku nie,malam tu kami makan kat luar ja...anak aku nie kurus sebenarnya..ntah la kenapa..tapi maybe sesuai dgn uminya kot..aku tgk berselera lak dia makan bila disuap...banyak jugak dia makan..than aku bawa depa main sampai mengantuk baru balik kerumah...aku siapkan tempat tidur dalam bilik kami ja..thanks to my wife sebab tak kisah berkongsi bilik dgn anak2 kami 2 org tu...malam tue aku tidur dgn depa kat bawah...ntah mcm mana aku tertindih tangan asna la pulak..hehehe menangis dia tengah malam..alamak mcm mana nie..tapi spontan ja dia lompat naik atas katil dan pelok wife aku...kena pelok dan dodoi sikit terus dia lena sampai pagi...wahh aku tgk dah macam umi dgn anak ja...aku rasa bahagia sangat waktu tue...
Esoknya aku bawa depa pi cameron Highland..bertolak pukul 9 pagi...sebelum bertolak my wife dah siapkan bekal mee hoon, emmp aku suapkan asna pagi tu..alamak banyaknya dia makan..berselera aku tgk dia makan..aku terpikir gak kemana makanan pergi kalau tiap hari dia makan mcm tu sure badan dia tak kering mcm tue la...sampai dipertengahan jalan, aku isikan botol2 kosong dgn air bukit, ada la dalam 12 botol..mmg aku dah plan nak ambil air nie buat minum pun..masa tu my wife suapkan lagi asna..aku tgk dia makan lagi..phhh biar betul anak kami nie... tapi mmg dia makan banyak pun...mmg sedap atau mmg lapar atau dia nie mmg harus disuap baru dia makan...
sampai diatas sana kami jalan2 dan makan strawberry tahan dekat masuk waktu solat...soo aku tinggal depa dalam kereta dan pi solat dulu...bila aku balik aku tgk wife aku dok rancak suapkan asna lagi..hampir habis satu bungkus mee hoon yang dibuat isteri aku...bila aku nampak tue comfirm asna nie lalu makan cuma dia nie kena dilayan dengan menyuap makan dia... sekali pikir macam nak ambik dduk dgn aku ja..biar badan dia sihat dan besar sikit...sebab amila kata asna cuma dibagi nasi dan lauk dan dibiarkan suap sendiri...aku sedih,geram dan sakit hati bila dengar macam tu...
Kami sampai kerumah dah hampir maghrib...masing2 dah penat dan kenyang..malam kedua nie aku risau gak..buatnya dia mengamuk nak balik...aku bawa depa shopping jap kat Giant...asna nak seluar jeans yg ada butang warna pink...pengaruh Amani la nie..malam tue dia boleh lompat sakan lagi..aku ingatkan penat masa kat cameron highland...ntah pukul 1 lebih agaknya baru dia tido...nyenyak tidonya...tengah malam dia merengek sikit ja..bila wife aku tepok2 terus tido sampai pagi...
Bangun pagi depa tak nak mandi sebab mmg pagi tue aku nak bawa mandi kat Marina Cove Lumut...soo pagi tue kami makan sikit sarapan than terus ja mandi...rumah aku dgn marina cove tue tak jauh dalam 15 minit ja... mulanya asba merajuk...biasa la amila kan tukang kacau...lepas sejam baru mood dia ok..mandi sakan la..lepas tu mintak nak makan...phuhh nasib baik aku seludup nasi goreng..banyak lak dia makan..baki tue amila habiskan...asna dah naik berjemur sb dah kecut satu badan, lepas ok dia turun lagi...dah dekat pukul 12.30 baru habis mandi...
Balik kat rumah dia kata nak kencing hehehee..my wife bawa dia ke bilik air...hahahahaa dia kata nak terkentut..hehehe at lak dia berak hahahaha...lepas tu siap bagi arahan kat my wife.." cepat la cuci" alamak masing2 jerit bila tgk taik kat dalam bilik air...asna boleh buat muka toya je sambil sengeh hehehehe... apa lagi aku la kena hapuskan taik tu dari bilik air tue...nasib baik taik keras senang sikit la aku hapuskan..hehehehe, dia pakai seluar baru tu dari mula beli sampai lah kehari balik ...tak senonoh punya anak..
Pukul 3 ptg aku hantar depa balik ke simpang pulai...dan ambil kakteh pulak,,,tapi aku terus balik kg pulak lepas tue hehehehe..

Tuesday, March 16, 2010




EEmmmppp hari nie aku banyak laka masa soo boleh la cerita ckit2 hal perangai anak aku nie...
Yang dalam gambar tu namanya Amila Liyana....yang nie lahir bulan gelap la sikit hehehe , anak aku yang ini sebenarnya membuatkan aku terhibur dan kadang2 buat aku naik darah satu badan hehehe...tapi kelebihan dia nie adalah dia dapat kesan awal bila aku mula nak naik angin... heheheh
Dia nie sebenarnya kuat mengusik adiknya...tapi dia nie kalau mengusik dalam diam-diam ja, sedar tak sedar dah meraung sakan adik tue..lepas tu dia pura-pura pujuk sebab takut aku marah la..dah tahu sangat pattern dia nie hehehe
Satu lagi yang aku cukup tahu dia nie ...kalau dia nak minta sesuatu dari aku sure dia akan himpit cukup-cukup dan cakap pun cukup sopan hehehe itu maknanya dia nakkan sesuatu la,, kalau apa-apa yang kakak dia dapat sure dia pun nak jugak walaupun barang tu bukan berguna pun pada dia..nie kes nak sama rata la nie..dia paling suka dengan hadiah..walaupun hadiah harijadi untuk org lain dia akan tak putus asa call aku berkali12 nak tahu apa hadiah tue...kalau time dah dekat nak hari jadi dialah org paling sibuk call aku...bayangkan dia dah siap susun hadiah apa yang dia nak untuk harijadi dia sendiri yang akan sampai hujung tahun nie...bulan Feb dah siap plan...master of planning for gift la anak aku sorang nie...selagi tak cakap atau tak kata iya...selagi tu la tiap hari dia call hehehehe
Dia anak paling sensitif...kalau ada kisah sedih maka dia la org mula-mula keluar air mata, time aku nak hantar balik pun selalu mata merah ja...untuk elakkan keluar air mata maka aku buat ja lawak bodoh soo semua senyum ja la hehehe...
Esok aku ambil Asna dgn Amila..sure esok pagi2 dah siap call nak ambil pukul berapa la jawabnya..tapi aku suka dgn amila yang sentiasa on handphone dia untuk aku call walaupun rasanya aku sorang ja la kot yang selalu call dia hehehe, sekarang dia berangan2 nak handphone warna hitam yang boleh berpusing...aku dah tengok handphone tu tapi tunggu la sampai hari jadi dulu hehehe...selalunya dia akan tetapkan apa hadiah yang dia nak...lucu gak dia nie...tapi nak hadiah berbalut...mana nak suprise hehehe
Ada satu lagi hadiah dia nak...guiter...sebab kaka dia dapat guiter...tapi aku syaratkan dia perlu buat simpanan sebanyak RM 50...selebihnya aku baru tambah, harga guiter tu dalam RM 135...so sekarang dia dah ada RM 35 baru...sekarang dia tengah pujuk aku la nak mintak aku beli walaupun duit dia belum cukup...tunggu sampai cukup...belajar bersabarrrr hehehe



Kali nie saya nak cerita sikit hal budak dua org nie....

Sebenarnya abah sayangkan kedua-duanya sama saja ... setiap orang ada kelebihan serta ada kelemahan ,,, abah kenal kedua-duanya.... kadang2 baik sampai seolah-olah depa dua orang ja dalam dunia nie,,,kadang-kadang bergaduh macam anjing dengan kucing... sekarang nie tengah berangin la..rasanya dah dekat 3 minggu tak bertegur sapa,,hehehee yang sulung tu ada banyak gak keturun perangai aku yang agak keras kepala dan bersungguh-sungguh kalau dama membuat sesuatu, sikapnya nie ada baiknya sebab terbawa-bawa dalam pembelajarannya jadi agak cemerlang dalam pelajarannya sebab sikapnya nie la...fighter...cuma dalam beberapa hal dia lebih suka mendiamkan diri serta memendamkan perasaan, harap dia mampu menanggung rasa dihati tue..ada ketikanya aku dapat bantu dan ada ketikanya dia tak mahu luahkan perasannya pada aku..biar la..setiap orang ada privasi tersendiri...aku faham kenapa dia tak mahu luahkan sebab kalau luahpun mesti ada yang menentang atau mengejek...aku tahu ramai yang akan mengutuknya serta brain wash anak-anak aku nie kalau mereka meluahkan sesuatu yang bertentangan dengan ibunya atau menyebelahi aku...aku cukup faham situasi ini, tapi rasanya tidak ada pula yang ada masa untuk duduk dan bertanya dari hati ke hati apa yang membuatkan rasa tidak puas hati anak-anak aku nie...yang ramai cuma tukang hentam...sebab ramai johan hentam kat sana tue...walau apapun aku harap tahun depan ada era baru pada anak2 aku yang sulung ini...abah tak akan biarkan kakak disana lagi selepas exam nanti...
Anak aku yang no 2 pula...nampak mcm lembut tapi agak tegas dalam apa yang dia mahu...cuma dalam pelajaran emmmppp malasnya tuhan saja yang tahu...tapi dia buat kejutan bila last minit nak buka sekolah dia ambil keputusan nak ikut aku...aku pun terkejut,,,biar betul kakteh nie...tapi aku amat bersyukur dan suka dgn keadaan ini, sekurang-kurangnya ada la anak yang tak makan saman dan nak ikut aku hehehe, rasanya kalau dari awal dia cakap nak ikut aku sure kena hentam terok...tapi sebab last minit iaitu 1 hari sebelum buka sekolah maka masing-masing sibuk hal masing mana sempat nak hentam...sampai sekarang dia takut nak balik kesana sebab tiap kali balik sure kena servis cukup-cukup....sampai kena paksa la kalau nak dibawa balik hehehe...tapi aku tahu taktik bawa balik tu sebenarnya nak tunjukkan pada org disana yang anak no 2 nie masih dgn orang2 disana saja hehehe...aku cukup kenal dgn perangai berpura-pura tue...masa kawin ibunya pun tak balik..tapi heboh pulak kata aku yang tak bagi balik...aku pun bengang gak bila anak2 aku sendiri cakap hal tue...mangkuk ayun punya orang... dia yg tak nak susahkan diri datang ambil anak ..aku lak disalahkan...takkan aku lak nak kena hantar kot..ingat aku teksi sapu ka apa..
Berbalik kisah kucing dengan anjing yang tengah krisis minyak angin nie...aku agak la nie kes cemburu la nie...aku rasa akak tak puas hati bila dapat tahu aku beli handphone baru kat kakteh, aku tahu sangat perangai anak aku nie, dulu dia berusaha keras untuk dapat no 1 dalam kelas dan tingkatan baru aku beli handphone kat dia...akak tahu tak kenapa abah beli handphone kat akak...sebab sebagai pengiktirafan atas usaha dan kejayaan akak....manakala pada kakteh pula kerana untuk memberikan dorongan supaya lebih berusaha...abah beli pada akak tanpa syarat sebab akak mencapai kejayaan, tapi pada kakteh ada syaratnya...kalau syarat tu gagal dipatuhai maka kemudahan akan abah tarik balik...ada dua perbezaan disitu yang harus akak ingat......
Sebenarnya sebagai abah pada anak2nya sebolehnya abah nak semua anak2 abah berjaya dalam segala bidang yang diminati serta berjaya dalam pelajaran khususnya, abah akan buat apa sahaja untuk mendorong anak2 abah kearah kejayaan, ianya berbentuk pengiktirafan atau dorongan....kalau abah bagi pada akak saja tentu tak adil kan..walaupun akak memang bijak dalam pelajaran, adik2 yang lain juga anak-anak abah juga kan...cuma akak akan dapat lebih cepat dari yang lain tanpa syarat manakala anak2 abah yang agak lemah dalam pelajaran akan dapat lambat dan dengan syarat sebagai dorongan untuk berusaha...abah akan cuba seimbangkan mengikut keadaan..
Untuk akak berjaya dengan mendapat semua A dalam peperiksaan akan datang, abah sudah membayangkan sesuatu yang cukup menarik... jika akak berjaya mendapat semua A dalam exam nanti abah akan pastikan akak akan ternganga mulut luas dan lama bila tahu apa yang abah akan hadiahkan pada akak....nilainya cukup tinggi dan cukup hebat...hanya abah saja yang tahu....supriseeeeee....
Sebenarnya abah lebih suka melihat akak dengan kakteh seperti dulu...berbaik,mesra dan saling meluahkan masalah antara satu sama lain, itulah yang terbaik untuk akak dengan kakteh sebenarnya dikala mendapat tekanan dan hentaman dari penghentam tak bertauliah...pleaseee

Sunday, March 14, 2010

15/3/2010

Dua hari cuti tak banyak aktiviti yang aku buat ...banyak tidoo ja...malas nak kemana-mana pun, tapi minggu nie aku tgk wayang gambar org putih la...tapi mahal la tiket, selalu RM 10 ja seorang tapi kali nie RM 20 la pulak...hehehehe
Hari sabtu jumpa asna dgn amila kejap ja la...tapi tak apa ujung minggu nie mmg aku nak ambil depa tido kat Manjung nie 2 malam...plan nak ke mandi kat Marina Cove dgn ke Cameron Highland...harap2 jadi la...semalan aku dah ronda2 kat Marina Cove tue..ok la jugak kalau nak mandi2...tak la ramai org sangat pun kita boleh la untuk bawa anak2 mandi..bayaran masuk pun tak mahal..dewasa RM 8 ja dan kanak2 RM 6 ja...Cameron tak tahu la ramai org ka tidak..biasanya cuti pendek mcm nie tak ramai org sangat kot...lagipun kerajaan tak bagi gaji lagi...siapa yg simpan gaji masa cuti raya cina baru nie maka ada la sikit simpanan...
Urusan pinjaman rumah aku dah selesaikan,, at last ambil loan kerajaan ja la...sebab bank semakin tinggi kadar faedah skg nie..malas nak ambil risiko jadi ambl loan kerajaan ja lah...sebulan bayaran balik RM 815 emmmp boleh tahan la jugak....27 tahun baru habis...harap2 aku boleh habiskan bayaran cepat sikit baru sedap tido lena hehehe...apa pun aku tetap juga nak buat rumah sendiri...sebab plan aku dah ada dalam otak nie cuma tanah ja tak ada lagi...lagipun aku nie kerja ntah kemana hala pun tak tahu lagi...apapun beli ja la dulu tanah kat mana2 yg sesuai dan murah...lepas tu dekat nak pencen baru buat rumah la...
Kadang2 aku terpikir jugak mcm mana org boleh banyak duit dan beli rumah harga berjuta ringgit...aku beli yang tak berapa mahal nie pun rasa senak perut nak bayar, sekarang baru aku faham kenapa sesetengah kawan aku yg dah ada rumah punya kedekut bila keluar nak belanja kawan pun...agaknya depa kena bayar mahal kot jadi abis la gaji tiap bulan dok bela rumah hehehehe...

Thursday, March 11, 2010

12/03/2010

Selamat bercuti kepada anak-anak abah tersayang, cuti kali nie nampaknya masing-masing sibuk dgn aktiviti di Sekolah, ntah la aku pun tak tahu mcm mana nak plan cuti dgn anak2 aku ... tak apa la, kalau tak dapat bercuti pun janji dapat keluar dgn depa pun jadi lah, hari rabu nie akak pemeriksaan gigi, kalau ibu dia tak dapat hantar maka aku akan ambil cuti la ... yang penting pemeriksaan tu harus dibuat jugak..kali nie gigi calour apa lak akak??
Aku tengah cari time semua org free untuk plan ke Cameron masa cuti nie..sekarang nie aku tak tahu bila tarikh sebaiknya aku patut apply cuti...buntuuuu, apa pun kalau pergi masa bukan hari sabtu dan ahad org tak la ramai sangat...lagipun cuti seminggu ja ..singkat sangat nak pergi jauh2 pun..
Mungkin ada yang pernah terjumpa perkataan ini, seorang isteri kalau tidak pada Allah disembah maka suaminyalah orang yang patut dia sembah,sehingga pada Zaman Rasul Allah dulu ada sepasang suami isteri tinggal dengan keluarga sebelah perampuan ditingkat atas sebuah rumah manakala ibu bapanya pula duduk di tingkat bawah, suatu ketika suaminya keluar berniaga keluar kawasan, suaminya menyediakan segala kelengkapan dan makanan buat isterinya ditingkat atas, suaminya berpesan jangan kemana-mana sepanjang saya tiada dirumah, maka keluarlah suami tersebut berniaga, setelah seketika bapa isterinya ditingkat bawah jatuh sakit, isteri tersebut hendak melihat bapanya tetapi teringat pesan suaminya agar tidak kemana-mana, semakin hari semakin berat sakit bapanya, mengingatkan pesan suaminya maka perempuan itu hanya dapat melihat dari atas sahaja orang datang melawat bapanya, sehinggalah suatu hari bapanya amat tenat dan meninggal dunia, maka dikhabarkan kepada Rasul Allah akan berita itu, maka isteri tersebut meminta seseorang bertanyakan Rasul Allah berkaitan bolehkah dia melanggar arahan suaminya untuk melihat jenazah ayahnya buat kali terakhir...maka Rasul Allah berkata "ikutlah arahan suamimu"....pasti Rasul Allah lebih mengatahui akan kata-katanya, maka bapa wanita tersebut pun dikebumikan, bapa wanita tersebut ditempatkan di dalam Syurga.....tahu tak kenapa??? dia ditempat di dalam Syurga Allah kerana anak perempuannya taat kepada suaminya, kerana berkat didikan agar taat kepada suamilah maka bapa wanita tersebut mendapat ganjaran Syurga...
Jika direnungkan masih adakah wanita zaman sekarang yang taat kepada suami sehingga ketahap tersebut....ntah la...mungkin ada...mungkin tiada...tapi rasanya para suami zaman sekarang pun tak meminta supaya taat sehingga ketahap seperti itu, cukuplah jika sekadar menghormati cakap suami, ini tidak..,,bukan nak dengar cakap suami tetapi boleh lagi berjual-beli dengan permintaan suami... kalau balik rumah suami 1 malam maka dirumah mak dia pun kena balik 1 malam...wajarkah seorang isteri meletakkan syarat seperti itu kepada suaminya...pernahkah suami meletakkan syarat setiap kali memberikan makanan,pakaian,tempat berlindung,belanja dan segalanya...suami tidak meletakkan semua syarat tersebut kerana ianya adalah tanggungjawab seorang suami ...manakala seorang isteri pula wajar mematuhi apa yang diminta oleh seorang suami kerana itulah perintah Allah dan Rasul agar mamatuhi arahan suaminya, muungkin wanita zaman sekarang bekerja maka ia menuntut hak saksama dalam segala hal kehidupan????
Jika alasan sama-sama bekerja membuatkan seorang isteri dibolehkan menjual-beli permintaan seorang suami maka aku lebih rela isteriku tak bekerja dan tidak berjual beli denganku...