Wednesday, March 10, 2010




Hari nie sibuknya dari pagi sampai petang....

Sebab tu aku malas sangat nak ke Ipoh...sebab nak kesana dah 11/2 jam habis kat jalan...dgn balik dah 3 jam buang kat jalan...phuhhh kalau tak ada hal penting mmg malas la nak pi sana...kalau takat meting 2 merapu baik tak yah pergi lagi baik...baik duduk diam2 kat manjung nie...harap2 minggu nie selesai la bab ke Ipoh nie...
Semalam bini lapar Char Koey Teow...aku pun lapar gak jadi pakat order special punya la...emmmp clear sebab lapar dan sedap agaknya, ntah la bini mengidam ka anak yg mengidam hehehee...
Cuaca skg kat sini cukup panas..dah malas nak keluar bilik rasanya..terik sangat la..masa kat mekah baru nie pun tak rasa panas mcm nie... nie baru panas dunia..neraka nanti mcm mana la agaknya yee, semoga amalan kita diterima oleh Allah Taala la hendaknya, kita akan dapat masuk ke Syurga bukan kerana kuatnya amalan kita tetapi kerasa Ihsan Allah taala...jadi berbanyaklah beribadat semoga Allah mengesihani kita dan mengizinkan kita ke dalam Syurganya...
Sebenarnya masih terdapat satu lagi tempat yg aku teringin sangat na pergi tapi tak boleh pergi ...iaitu Masjid Al-Aqsa....agak sukar nak kesana kerana puak Israil menguasai tebing Gaza, harap-harap suatu hari nanti aku berkesempatan kesana, ianya merupakan tempat suci bagi Umat Islam selain dari Mekah dan Madinah....
Tadi amani call tanya siapa nak hantar pergi chek GG dia pada 17 Mac nie...masa tu aku rasa mak dia tengah cuti sekolah apasal lak nak tanya...saja dia nak susahkan aku la tu dengan menggunakan anak aku sebagai alasan, kalau dia ada hal rasanya aku tak kisah ambil cuti untuk hantar anak aku tue...tak apa kalau dia sekadar nak tgk aku akan sanggup ambil cuti untuk anak2 aku ka tak...jawapannya YA...aku sanggup..
itulah sikap berjual beli degan aku sejak dari dulu sampai sekarang, sikap yang aku paling tak suka dengan dia nie..dia cuma mau untung dipihak dia saja...stupid women...

ajsi...

emmp 10/03/2010

Hari nie, esok dan lusa punya banyak aktiviti...dah tak tahu nak kemana dahulu, esok saja ada 3 aktivi,,2 meting dan 1 perasmian penutup kawad kecekapan,, emmp nampaknya meting kena swastakan la kat pegawai lain, kena gak pergi ke penutup kawad kecekapan sebab itu aktiviti Zon...tadi dah seharian kat Ipoh...penatttttt..
Dah dua tiga hari nie bini aku mcm nak loya-loya ja...aku rasa dah berisi la tue...kalau betul maknanya anak Mekah le...Makbul jugak doa kami berdua masa kat sana le..kalau betul menjadi maknanya bulan 11 nie keluar la budak tue...aku saja malas nak buat ujian lagi...tapi aku rasa iya la tue...harap2 sempat la bini aku berpantang kat rumah baru kami...kalau tak kesian gak sebab rumah sekarang agak sempit la sikit...tadi dia call pun kata tak sedap badan dan loya-loya ja...tak apa la malam nie la keluar pi shopping asam sikit heheheeee buat bekal kat dia nanti..sian gak dia kena berulang dekat sejam tiap hari nak pi kerja...ajak cari rumah kat area sana dia lak tak mau..kat sana tak ada tempat nak shopping katanya...
Hujung minggu nie anak2 cuti sekolah...amila dok ajak pi Cameron..emmp boleh sangat la..tapi depa tu penuh la pulak dgn aktiviti disekolah...bila yang depa free pun tak tahu..Amani toksah cerita la mmg sibuk mengalahkan Menteri...Amila lak doksibuk dgn Kursus pengawas apa ntah...Asna ja yag free and free....nanti la aku ejas masa nak kesana...yang pasti aku akan bawa la depa pi sana...
Sekarang cuma tengah plan untuk bercuti hujung tahun nie ja la...baru nie aku dah propose dah nak ke China atau ke Chiangmai (utara Thai ) atau Padang...depa lak lambat jawab...soo tiket dah tak offer, tapi rasanya nanti ada lak offer nie...kalau tak pergi ke Singapore ja la..ok gak tue...ke pulau Sentosa best gak...kalau singapore rasa senang la sikit...tido ja kat JB...pagi2 jalan ke singapore....kalau ke China offer dah berganjak pada bulan Jan...budak2 tue dah sekolah waktu tue..apapun kita cutiiii jugak yeee
nak cuti nie kakteh buat hal lagi...dia tak mau balik kota...aku pun tak paham kenapa dia malas sgt nak balik sana..tapi dia takut nak cakap dgn ibu dia...aku pelik la jugak..mcm ada yang tak kena ja la dgn suasana kat sana, walaupun depa ada gak story kat aku beberapa hal tapi aku rasa tak nak la masuk campur sangat selagi keadaan tak begitu terok...aku tak mahu la nanti mengganggu rumahtangga org lak...tapi aku dah plan kalau keadaan mendesak...sebab tu aku rasa baik gak cadangan bini aku beli rumah 4 bilik....mana la tau kan...
Sebenarnya aku agak depa nie mcm dipaksa menyukai bapak tiri depa oleh ibu depa...sedangkan bapak tiri tu mmg tak nak sgt ambil tahu hal budak2 nie...yang dia target aku rasa duit bekas bini aku yang banyak....duit aku le tue...aku amanahkan untuk anak2 aku tapi dibelanjakan untuk diri dia dan suami baru...untuk mengelakkan aku kesan kegunaan duit tu makan dia trensfer ke akaun tabung haji...sebab aku ada kawan boleh semak akaun ASB, hujung tahun dulu dia keluarkan 5 ribu lebih duit tu untuk belanja dia kawin...sebab tu yang aku bergaduh sakan dgn dia...kalau nak diikutkan jumlah duit yg aku amanahkan untuk anak2 aku tue lebih dari cukup untuk perbelanjaan sampai depa tamat pengajian...kalau dia keluarkan setiap bulan 1000 pun duit tu tak akan habis, sebab keuntungan tahunan lebih dari 12000 setahun, maknanya pokok tak akan terusik...tapi yang aku dengar sampai nak beli goreng pisang pun bekas bini aku bayar...yang lain2 tak yah cerita la...aku yakin duit tu akan habis dalam tempoh 5 tahun ja lagi....
Aku masih ingat lagi kata2 bekas bini aku...."duit tu dalam akaun aku, aku punya suka la,hang boleh buat apa? pasang lawyer pun tak akan menang...." kata-kata itulah yang menamatkan sikap tolak ansur aku selama ini kepada dia...,, tapi aku sungguh terkilan sebab orang diluar sana kata macam2 kat aku ..seolah-olah depa kenal bekas bini aku daripada aku, kalau bab cakap sapa pun tak akan percaya sikap sebenar dia...aku yang duduk serumah tahu la siapa dia sebenarnya....hinggakan mak dgn bapak aku pun mulanya kata dia betul...tapi bila anak2 aku yang story kisah sebenarnya baru la depa tahu dan panggil aku balik...kalau tak depa sampai tak mengaku aku anak sebab lakonan dia depan mak dgn bapak aku....at last cerita sebenarnya terbongkar....penah ka ada orang sediakan orang gaji pada bekas bini...kalau nak tahu sapa dia tue...aku la....
Walaupun banyak simpanan dah dia ambil tapi aku bersyukur sebab aku tak la susah sangat..cuma kena mula dari A balik la...sekarang setelah masuk tahun ke 3 ...aku makin stabil...sebab tu aku malas nak ajak kawan2 mai umah kami sebab serba tak lengkap...tapi hujung tahun nie ok la kot ...
Kesian kat bini aku dan anak2 kami....keadaan rumah skg kurang selesa la sikit tapi itu ja yang aku termampu berikan...sabar ya sayang-sayang abah dan sayang abang....

Saturday, March 6, 2010


Salam...

Taif...

Taif merupakan sebuah tempat yang sejuk...tanah tinggi jugak..lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Mekah...disini banyak tanaman bunga dan buah-buahan..terdapat pasar buah segar disini, sejarahnya disini adalah pada Zaman RasulAllah ...baginda telah datang kesini bersama anak angkatnya untuk berdakwah kepada orang2 taif....apabila sampai disini dia berjumpa dengan golongan kafir disini...baginda menyampaikan dakwah namun dipersendakan dan ditolak oleh kaum disini, malah baginda dihalau dan diusir dengan dilemparkan dengan batu, baginda dan anak angkat baginda berjalan keluar hinggalah sampai di satu kebun anggur dipunyai oleh orang kafir juga, maka ternampaklah tuan punya kebun buah tu...maka disuruh pekerjanya bernama ...........nak keluar pi tgk wayang jap...nanti aku sambung balik ye
Tak dapat tidoo la....

Agaknya dah tido siang tadi terlebih la nie....
Masa aku buat Umrah...sempat juga aku pergi melawat tempat yang dinamakan Al-Ula...ada la bermalam kat sana, tempat nie sejuk sikit ..mcm cameron highland la...walau kat madinah atau mekah mencecah suhu 50 darjah tapi kat Al-Ula nie tetap sejuk....Istimewanya kat Al-Ula nie adalah kerana terdapat lagi perkampungan yang cukup lama...3 abad sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah...wowwww that mean 300 tahun sebelum tahun Hijrah.....lama tue...just bayangkan macam mana kehidupan depa masa tu....rumah-rumah tu masih sempurna lagi...cuma sebahagiannya musnah akibat kebakaran...tapi 60%nya masih sempurna...bijaknya org masa tu mengenai seni pembinaan, just gunakan pokok kurma dan tanah serta batu-batu untuk buat kediaman, ada koridor2 dan bilik2 yang agak sempurna...time aku pi tu agak tengahari tapi bila aku lalu di koridor2 rumah2 tu aku rasa sejuk dan selesa didalam rumah tu...nampaknya sistem pengudaraan dibuat dengan sempurna....bijak kan org dulu2..tak payah sekolah jauh2....
Lepas tu aku berkesempatan melawat kawasan dinamakan Salleh Madain...sebenarnya mengambil nama sempena Nabi Salleh...sebelum tu kawasan yang sama diduduki oleh Nabi Hut...kaum nabi Hut nie dinamakan Kaum Han....dimusnahkan oleh Allah Taala kerana Ingkar dengan suruhan bertaqwa kepada Allah Taala...dimusnahkan dengan panahan petir dan angin ribut yang amat kuat, selepas tu baru Nabi Salleh diturunkan untuk memimpin kaumnya yang dinamakan Kaum Thamut...kaum ini amat pandai dalam seni pembinaan...masih banyak seni2 pembinaan yang cukup hebat...just imagine bukit2 diukir menjadi kediaman mereka,didalamnya terdapat bilik2 yang cantik, terdapat juga dewan tempat majlis syura yang ditebok dari bukit2 disitu...cukup hebat dan aku amat kagum masa tu bila tahu sejak dahulu lagi manusia amat bijak dalam seni pembinaan.....jadi kita nie kalau takat buat projek pembinaan bangunan 25 tingkat takyah rasa hebat la...org dulu2 dah buat dah pun...hehehehe
Next nanti aku cerita sikit pasal Taif..tempat RasulAllah menyeru org kafir masuk Islam....cabaran....

6/3/2010

Semalam tengak wayang...best gak cerita Solomon Kane...bagi aku best la...tapi bini aku membuta ja la sebelah aku...tak pa la janji dia teman kan aku hehehehe, habis cerita dah pukul 1 pagi...on the way balik tgk Kowteow sedap gak...makan le,,, menyesal aku mintak sepinggan ja...kalau tau sedap mcm tu mau aku makan 2 pinggan pun boleh habis,,,tak apa esok masih ada..
Dan tido lewat pagi nie lepas subuh tido balik la sampai pukul 11 baru bangun...pagi nie aku pi tengok rumah yang tengah dalam pembinaan, bukan apa sampai sekarang aku nie tak beli pun rumah yang boleh kira untuk duduk sendiri la....soo terbuka gak hati aku nak beli rumah kat belakang Giant tu, mahal gak dalam RM 180 ribu...bagi aku nie kira mahal la sebab aku bukan peminat rumah, aku minat kereta ja....tapi sebab ada 4 bilik dan agak selesa la boleh parking 2 bijik kereta jadi aku booking ja la...malas pikir..beli ja la...aku bukan penah buat loan rumah pun,,,kira beli ja la...nanti kalau orang nak datang pun selesa sikit aku rasa...asyik dok bayar sewa ja sepanjang hidup aku nie hehehee..lagipun bini aku nie berangan nak rumah 4 bilik sangat jadi tertunai la angan-angan dia tue....1 bilik aku punya, lagi 2 bilik anak2 kami dan lagi 1 bilik buat store ja la....pejam mata beli ja la.....ikut angan2 aku nak buat rumah kat atas tanah yang aku tak tahu bila nak beli ntah....tak pa la nanti2 kalau ada rezeki lebih aku beli la tanah sikit untuk buat rumah....untuk masa aku tua2 nanti..takkan nak lepak kat taman kot phuhhhh ...dah beli rumah nie maknanya aku kena menetap kat sini lama la sikit...tapi lokasi tu kalau disewakan pun agak mahal...lokasi strategik juga la katakan......tengahari jumpa alia jap...bawa nasi ayam dgn air kotak...minggu nie saja aku biarkan dia basuh semua pakaian dia..biar berdikari sikit, aku tau dia nie pemalas banyak...dia pun mengaku yg dia pemalas..jadi dari dibiarkan lagi besar urat malasnya tu ..biar dia kerja sikit heheheheee..padan muka hehehe

Wednesday, March 3, 2010


Hari nie 4/03/2010

Aku mula kerja...phuh bilik aku ada sedikit pertukaran,,,meja komputer dah ditukar oleh anak buah aku.... dah kema s dan lebih cantik sikit,,, tapi mushkil la pulak...semut banyak sangat la pulak kat bilik aku nie,,,depa nie makan kenduri kat bilik aku ka sepanjang aku tak ada...hehehehee buruk sangka la pulak,,,,agaknya lama tak ada org maka semut la ambil alih bilik aku nie,,
Pagi nei isteri tersayang sediakan kopi radix la pulak...emmmp makan kopi ja la pagi ni kat off,,, tgk meja ok semua dan tak ada kerja yang tertangguh...semua depa dah selesaikan sepanjang aku tak ada kat office, thanks a lot..
Tapi sedih sikt sebab semalam call anak kesayangan ku tu tak angkat2...dah la tu tak return call la pulak, marah kat aku kot....tak pa la nak buat mcm mana ....abah salahhhhhhh..tak pa petang nie aku call lagi...maybe dia sibuk dgn study kot... maklum la nak exam hujung tahun nie,,,, 2 hari lepas alia ada call minta doakan dia nak exam... aku sentiasa mendoakan untuk kajayaan anak2 ku pada setiap doakau....
Salam...ahlanwalshahlan...

Emmmp hari nie baru start kerja...

Umrah kali nie banyak kemudahan yang Allah kurniakan,,, aku bersyukur sangat kerana dapat melakukan apa yang aku ingin lakukan pada kali ini dengan sempurna....semoga Allah memperkenankan doa ku....tinggal lagi orang yang aku doakan berusaha bersungguh-sungguh ja la lagi... harap- harap anak kesayangan ku dapat melakukan yang terbaik dalam examnya hujung tahun nie.... aku harap sangat aina berjaya dengan cemerlang,,,, walau apa keputusannya nanti aku tetap terima sebab dia tetap anakku...
Tak abis penat balik dari umrah...tup-tup dapat lak surat kena seminar kat KL....phuhhhh penat sangat...rasa mamai sebab pertukaran waktu pun tak abis lagi.....
Kursus integriti...alamak bosannya.........bukan apa...aku dah penat la dengar pasal integriti nie, bila kita tanya soalan mesti tak berjawab,,,masing2 nak jaga periok nasi la konon, baik tak yah buat kursus macam nie... apa-apa ja bab integriti dikalangan orang politik tak boleh disentuh langsung ,,sedangkan depa-depa nie yang banyak menggubal dasar kerajaan, mcm mana tu,, tapi i respek dgn penceramah dari AG pahang...Dato apa ntah,,,, dia nie betul2 mampu menjelaskan kedudukan ekonomi serta apa yang berlaku dalam negara kita berkaitan dengan integriti.....itulah yang hendak diketahui oleh peserta kursus,,,yang lain2 tu semua hanpeh...pakat2 nak sembunyi fakta sebenar apa yang berlaku dalam negara kita berkaitan integriti....nak tahu negara kita jatuh no 56 tahap integriti...dan golongan politik merupakan golongan yang paling tak dipercayai dalam integriti, dan dalam sektor ekonomi pulak negara kita di kedudukan ke 11 dari 12 negara asean....wawww johan dari belakang la kita rupanya...kalah kepada indonesia dan vietnam...bayangkan dimanakah kedudukan kita sekarang nie..
Bila dengar mcm tu risau gak ....risau pada generasi kita yang akan datang la... walau apa pun harap-harap anak2 ku yang kusayangi terjamin masa depannya,
Aku bersyukur kerana diberikan anak2 yang bermacam ragam, anak-anak yang membuatkan aku risau, senyum dan rindu.... apa-apa pun mereka dan aku adalah satu sampai akhir hayat...walaupun aku tahu kadang2 mereka nie cemburu antara satu sama lain... nie bab-bab hadiah yang aku belikan la....hehehehehe,,, nanti bila dewasa maka mereka akan sedar apa yang aku cuba lakukan.... untuk menghargai atas sesuatu kejayaan, untuk memberikan semangat, untuk memberikan sedikit keadilan....walaupun aku sedar sebagai manusia biasa aku tak mampu berlaku adil... tapi aku berusaha untuk berlaku adil...